Friday, July 30, 2010

Adab-adab Melayu

Adab-adab penting untuk kita sebagai orang Melayu. Adab dalam konteks perilaku, perbuatan: kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan.
Sedangkan tafsiran dari lingkup adab dan fakta-fakta yang dapat bervariasi antara berbagai budaya, umum antara interpretasi ini adalah hal peribadi untuk berdiri melalui pengamatan tertentu contoh kod perilaku.
Dalam zaman kini, orang-orang Melayu jati mengingatkan pesanan nenek moyang kami untuk menghormati orang tua tetapi ada tidak. Ada juga tidak tahu bahawa ini adalah budaya kami. Tanpa adab, dunia ini akan menjadi tidak tentu arah kerana adab yang membuat kita menghormati orang yang lebih tua atau orang yang mempunyai posis yang lebih tinggi. Adab penting dan ia patut diamalkan selalu.

Thursday, July 29, 2010

Permainan Tradisional(part 3)...

Tentang batu seremban...
Batu seremban selalunaya dimain oleh kanak-kana perempuan.Ia dimain secera individi atau secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Batu seremban selalu dimain oleh perempuan jadi saya tidak pernah main permainan ini.

Permainan Tradisional(part2)...

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.Congkak telah dipercayai berasal di Afrika atau Arab.

Ini peraturan conkak(dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak)

  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Saya pernah main congkak di rumah arua makcik saya.Harap kamu cuba untuk bermainnya.Ω



Permainan Tradisional(part 1)...


Di dalam budaya kita, kita ada pelbagai permainan tradisional. Antara permainan-permainan itu adalah sepak takraw,congkak dan batu seremban. Tentang Sepak Takraw.
Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggangbadminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan tetapi kini mereka menggunakan bola sintetik.
Saya tidak pandai bermain sepak takraw tetapi kawan-kawan saya di sekolah lain tahu.Semasa mereka bermain sepak takraw, mereka akan mengajak saya bermain sepak takraw.Mereka mengajar saya cara-cara untuk menendang bola sepak takraw dengan betul.Saya berharap kamu semua mencubanya.Ω

Wednesday, July 28, 2010

Tentang Kompang...

Video ini tentang kompang. Kawan sedarjah saya membuat persembahan ini.Penerangan tentang kompang dan cara kompang dipukul ada di dlam video.
Ω

Sikap bergotong-royong

Sikap bergotong-royong adalah sikap yang baik dan sebagai orang Melayu, kita harus mengamalkan sikap ini.Sikap bergotong-royong tidak selalu diamalkan di Singapura mungkin kerana tempat kita tinggal atau kerja kita. Sikap bergotong-royong harus diamalkan kerana ia membuat jiran-jiran Melayu kita rapat dengan kita. Di Malaysia,sikap bergotong-royong selalu diamalkan dan dari pengalaman saya tinggal di rumah makcik saya di Malaysia,keluarga makcik saya rapat dengan jiran-jiran mereka sehinggakan mereka dianggap sebegai satu keluarga. Saya berharap orang Melayu di Singapura boleh mengamalkan sikap ini walaupun dengan keluarga sahaja.Ω

Sunday, July 25, 2010

Budaya dalam kelas(part2)

Ini persembahannya.Persembahan kami tidaklah sempurna.Jikalau kami membuat apa-apa salah dalam video ini jangan marah.Ω

Budaya dalam kelas(part1)...

Semasa kelas Bahasa Melayu,saya dan kawan-kawan saya dibahagikan kepada 7 kumpulan.Setiap kumpulan harus membuat dan persembahkan sesuatu tentang Budaya Melayu kita.Kumpulan saya harus membuat kajian tnetang silat.Saya membuat rancangan dengan ahli-ahli kumpulan saya.Saya akan membuat kajian dan mereka harus membuat persembahan.Ini kajian saya.
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi.
Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri.
Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.(diambil oleh http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat)Ω

Wednesday, July 21, 2010

Kajian tentang Budaya

Budaya adalah penting untuk semua orang. Budaya memeberi kita identiti kita. Tanpa budaya,kita tiada identiti. Saya dan rakan sedarjah saya telah membuat tinjauan.Dari dapatan tinjauan tersebut,guru saya,Cikgu Zahara telah mengumpulkan data tersebut dan membuat gambar raja. Ini gambar raja tersebut.

Ω






Monday, July 19, 2010

Pengalaman Saya...

Semasa kelas Melayu saya,guru saya,Cikgu Zahara telah menganjur aktiviti yang berkaitan dengan Budaya Melaya. Kami dipisahkan kepada kumpulan masing-masing dan kami mulakan projek kami. Kumpulan saya telah diberikan tugasan untuk membuat kajian tentang silat. Anggota lain yang dalam kumpulan saya harus membuat persembahan dan saya harus membuat kajian tentang silat. Saya telah mempelajari banyak tentang silat semasa kajian saya. Anatara informasi baharu tentang silat saya pelajari ialah silat fokus kepada tumbukan,tendangan,kunci dan senjata. Antara negara asal silat adalah Indonesia,Malaysia dan nusantara Melayu.Ω