Blog Melayu InI
Friday, July 30, 2010
Adab-adab Melayu
Sedangkan tafsiran dari lingkup adab dan fakta-fakta yang dapat bervariasi antara berbagai budaya, umum antara interpretasi ini adalah hal peribadi untuk berdiri melalui pengamatan tertentu contoh kod perilaku.
Dalam zaman kini, orang-orang Melayu jati mengingatkan pesanan nenek moyang kami untuk menghormati orang tua tetapi ada tidak. Ada juga tidak tahu bahawa ini adalah budaya kami. Tanpa adab, dunia ini akan menjadi tidak tentu arah kerana adab yang membuat kita menghormati orang yang lebih tua atau orang yang mempunyai posis yang lebih tinggi. Adab penting dan ia patut diamalkan selalu.
Thursday, July 29, 2010
Permainan Tradisional(part 3)...
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Batu seremban selalu dimain oleh perempuan jadi saya tidak pernah main permainan ini.
Permainan Tradisional(part2)...
- Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
- Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
- Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
- Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
- Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Saya pernah main congkak di rumah arua makcik saya.Harap kamu cuba untuk bermainnya.Ω
Permainan Tradisional(part 1)...

Wednesday, July 28, 2010
Tentang Kompang...
Ω